Di sini saya ingin berkongsi dgn kwn2 semua apa dan bagaimana kerja2 saya..di sini saya terangkan dgn ringkas serba sedikit apa yang saya buat selama saya sibuk yg teramat sgt tu...saya bekerja sebagai Assistant Engineer di sebuah syarikat Jurutera Perunding di Johor Bahru, tugasan saya adalah membuat design struktur bangunan, daripada asas bangunan sehinggalah bumbung bangunan tu... saya akan rujuk dari lukisan2 arkitek yg mana arkitek telah design mengikut citarasa pelanggan2 mereka, manakala tugas saya buat struktur bangunan dari lukisan2 arkitek tu...saya membuat design menggunakan software Esteem Structural Software 6.1.3.1...apabila dah siap design dari asas bangunan hingga ke bumbung..segala2 detail akan keluar secara automatik dan kemudian saya akan save dalam bentuk .dxf...kemudian barulah saya bg pada drafting utk menyusun dan mencantikkan semua detail2 yang saya dah save td, drafting akan buat semua lukisan2 ni dgn menggunakan software Autocad...actually saya pun tau menggunakan software ni, cuma dah mmg tugas2 drafting begitu, so lebih baik saya serahkan kepada mereka, kalau x mereka xde kerja pulak kalau semua saya nak buat...tul x?...hehe...hmm...kebetulan awal tahun ni byk projek yg masuk...so, byk bangunan2 yang saya kena design, tu yg x sempat2 nak berblogging, sekarang ni semua tengah menunggu untuk keluarkan lukisan untuk construction nnti, di mana saya perlu finalize kan segala design yang mana ada yg tertinggal atau tersalah design...kerja2 ni pun agak susah juga sbb terlalu byk detail2 yg kecik2 perlu saya tengok, pening gak dibuatnya...
Di bawah ni ada beberapa contoh gambar apa yg saya buat, contoh ni adalah bangunan Jabatan Pendidikan Negeri, dorg nak buat penambahan bangunan yg agak besar jugalah...sampai 9 tgkat termasuk bumbung...agak susah nak design bangunan ni sbb dia bentuk L dah ade arch sikit...gambar2 kat bwh ni saya tunjuk utk 1st floor je k...kalau semua floor byk sgt pulak...hehee...tengoklah ya gambar2 kat bwh ni..:D
Jika nak lihat lebih jelas, seperti biasa..klik kat gambar tersebut...;)
Ini adalah drawing arkitek dari pandangan hadapan bangunan tersebut...canggih x? tu yang buat saya pening tu kalau canggih2 sangat...yang nak design ni bukan senang...
sofware yang digunakan adalah Autocad
Ini juga drawing arkitek iaitu floor plan di tingkat satu, software yang digunakan juga Autocad...dari drawing floor plan nilah saya akan mula buat design floor by floor, mengikut kehendak arkitek, dimana letaknya bilik2 dan dinding kerana saya perlu mengambil kira semua loading2 termasuklah loading utk dinding,tangga,lantai dan etc. utk dimasukkan dalam software saya nnti...
Ini pula adalah gambar contoh dr software esteem yang mana saya telah masukkan semua detail2 yg diperlukan dalam design mengikut drawing arkitek td...ini pun contoh utk 1st floor sahaja....bila di peringkat design nilah yang kena concentrate, bukan apa, takut2 ade loading yg tertinggal utk dimasukkan, ia akan berisiko tinggi utk bangunn itu roboh, peringkat ni yang memerlukan masa lama, berminggu saya buat sampailah semua design dah xde keluar warning 'Failed'...bila dah siap semua saya akan save semua floor td dlm bentuk .dxf supaya orang drafting boleh buat drawing untuk structure nnti...file dxf ni boleh dibuka di software Autocad dan nnti boleh ditukar kepada .dwg....
Ini pula pandangan 3D daripada design yang telah saya buat...semua tingkat ade di sini, yang warna biru tu adalah kedudukan column, warna merah pula kedudukan beam, warna kuning cair pula adalah slab dan purple adelah dinding utk lift....software nye adelah Esteem

Ini pula adalah drawing structure yg telah siap dicantikkan oleh orang drafting, software yang digunakan adelah Autocad, sebelum tu file nye adelah .dxf iaitu file yang saya save dari esteem td...Ini adalah drawing pilecap layout, dimana ia adalah kedudukan piling2 dan pilecap utk asas bangunan tersebut, ini adalah structure yang paling penting utk ape2 juga bangunan kerana jika xde asas ni bangunan xdelah support...

Ini pula adalah detail2 pilecap yang kat atas tu....detail ni perlu dirujuk untuk mengetahui reinforement (jenis besi) di dalam pilecap tersebut...Software digunakan juga Autocad.
Ini pula contoh drawing 1st floor beam key plan, iaitu drawing ni yang menentukan kedudukan column, beam dan slab....ini juga adelah daripada design yang saya buat dan telah dicantikkan oleh orang yang buat drafting, software yang digunakan juga Autocad.
Ini pula contoh beam detail dan slab detail, drawing ni nak menetukan besi apa yang digunakan utk setiap beam dan slab, drawing perlu merujuk drawing yang atas td utk mengetahui mana kedudukan detail beam dan slab tersebut...Software juga Autocad
Dan contoh detail terakhir adelah detail tangga...Ini juga penting utk mengetahui detail2 besi yang digunakan dalam struktur tangga tersebut, software yang digunakan juga Autocad....
Lukisan2 ni lah yang diperlukan Kontraktor pembinaan utk membina sesuatu bangunan...
Ini hanya sedikit sahaja yang dpt saya lampirkan di sini utk tatapan rakan2 semua, biasanya drawing ni sampai 50-100 helai, bergantung pada projek bangunan tu...kalau bangunan yang kecik mcm rumah ke...lebih kurang 5-6 helai sahaja drawingnya...
Cukup setakat ni penerangan saya tentang kerja saya secara ringkasnya, contoh2 detail kat atas ni pun adelah sedikit sahaja dari apa yang saya buat...harap rakan2 semua faham tugasan saya yang kadang2 x sempat nak berblogging, almaklumlah...kerja ni bukan boleh sambil2..roboh pulak bangunan tu nnti...sementara saya free ni sempatlah saya post tentang kerja saya...
Ok, selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja..;)