16 April, 2008

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
  • Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."
  • Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  • Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  • Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
  • Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
  • Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).
  • Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
  • Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
  • Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
  • Kekalkan wuduk.
  • Bersedekah.
  • Belanja orang makan.
  • Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
  • Berkawan dengan ulama.
  • Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  • Pesan pada orang, jadi baik.
  • Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat.

" Walaupun mungkin ada diantara kita yang pernah melihat kontroversi yang melanda pakar motivasi terkenal nie, tetapi saya tidaklah sampai mengabaikan saranan dan petua beliau kerana menghormati tahap keilmuannya. Perlu juga kita hargai walaupun terdapat sedikit kecacatan kerana Datuk Dr Fadzilah sendiri kurang berjaya men- cuci hati anak2nya. Semoga yang baik dapat kita terima dan jadikan teladan untuk kehidupan yang lebih di redhai Allah. Insya'Allah"...

04 April, 2008

BILA HATI SUDAH MATI......

Kisah ini saya dapat daripada email dari seorang kawan, sejauh mana kebenaran cerita ni saya pun x pasti..tp baik untuk kita jadikan tauladan terutama kepada kaum lelaki...sama2 lah kita renungkan kisah di bawah ni ya...

Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah "tak berguna"..

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun....

Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wifeno.1 dan yg paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom..untuk kasi laluan kat wife no.2...kejam kejamsaya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yghalau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisahsangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. sayacakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik,hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri...dia tak nak...dia katapayah dia nak berulang alik. lantaklah.....biar tuhan je balas di atasperbuatan kejamnya ke atas wife no.1.kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur39 tahun. Tua dari kawan saya tu.

Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagaioperator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan sayatu...lepas tu dah jodoh dia orang kawin..mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawansaya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yg buat saya bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah ni supaya jadi cam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggalsama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumahsebelah...saya jengoklah...saya nampak kawan saya tengah campak baju2wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...kat bawah...saya tengok...anak2 dia yg 4 org tu dgn maid...menangis2pungut baju mak dia...kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap..."kau org cakap gan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jgn lawan cakap papa..."tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu...anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu...maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie.

Ini kerana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan sayatu.aruah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France .

Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airportchangi, Maid arwah call mengatakan yg aruah mengalami sesak nafas...saya kelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa arwah ke hospital...sebelum arwah pergi kehospital...dgn kepayahan aruah mencium dua anak kembarnya(no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yg dia akan pergi

Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wifesaya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya...Saya masa tu hanya menginggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isterisakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera .arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada.masa kat hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukanrawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni.masa abg arwah sampai dari kluang ke hospital...arwah masih dalam bilik rawatan....abg arwah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi dengan tenang. dan abg arwah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.saya dengan abg arwah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah.

Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utkpengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.

Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telahbanyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelianperalatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg aruah tidak tidur.dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah arwah dapat di bawakerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan.

Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.masa jenazah dirumah anak2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi airmata saya meleleh juga.saya kenal arwah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakan saya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA . setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni,setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya...mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama...mama...mama...dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan...senyap2 sayang...papa ada...dan saya berharap agar allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...

Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni..(diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan..bg mereka yg dah bace, fikir2kan isi tersirat dalam kisah ni..)

28 March, 2008

Kerja Saya

Di sini saya ingin berkongsi dgn kwn2 semua apa dan bagaimana kerja2 saya..di sini saya terangkan dgn ringkas serba sedikit apa yang saya buat selama saya sibuk yg teramat sgt tu...saya bekerja sebagai Assistant Engineer di sebuah syarikat Jurutera Perunding di Johor Bahru, tugasan saya adalah membuat design struktur bangunan, daripada asas bangunan sehinggalah bumbung bangunan tu... saya akan rujuk dari lukisan2 arkitek yg mana arkitek telah design mengikut citarasa pelanggan2 mereka, manakala tugas saya buat struktur bangunan dari lukisan2 arkitek tu...saya membuat design menggunakan software Esteem Structural Software 6.1.3.1...apabila dah siap design dari asas bangunan hingga ke bumbung..segala2 detail akan keluar secara automatik dan kemudian saya akan save dalam bentuk .dxf...kemudian barulah saya bg pada drafting utk menyusun dan mencantikkan semua detail2 yang saya dah save td, drafting akan buat semua lukisan2 ni dgn menggunakan software Autocad...actually saya pun tau menggunakan software ni, cuma dah mmg tugas2 drafting begitu, so lebih baik saya serahkan kepada mereka, kalau x mereka xde kerja pulak kalau semua saya nak buat...tul x?...hehe...hmm...kebetulan awal tahun ni byk projek yg masuk...so, byk bangunan2 yang saya kena design, tu yg x sempat2 nak berblogging, sekarang ni semua tengah menunggu untuk keluarkan lukisan untuk construction nnti, di mana saya perlu finalize kan segala design yang mana ada yg tertinggal atau tersalah design...kerja2 ni pun agak susah juga sbb terlalu byk detail2 yg kecik2 perlu saya tengok, pening gak dibuatnya...
Di bawah ni ada beberapa contoh gambar apa yg saya buat, contoh ni adalah bangunan Jabatan Pendidikan Negeri, dorg nak buat penambahan bangunan yg agak besar jugalah...sampai 9 tgkat termasuk bumbung...agak susah nak design bangunan ni sbb dia bentuk L dah ade arch sikit...gambar2 kat bwh ni saya tunjuk utk 1st floor je k...kalau semua floor byk sgt pulak...hehee...tengoklah ya gambar2 kat bwh ni..:D
Jika nak lihat lebih jelas, seperti biasa..klik kat gambar tersebut...;)

Ini adalah drawing arkitek dari pandangan hadapan bangunan tersebut...canggih x? tu yang buat saya pening tu kalau canggih2 sangat...yang nak design ni bukan senang...
sofware yang digunakan adalah Autocad

Ini juga drawing arkitek iaitu floor plan di tingkat satu, software yang digunakan juga Autocad...dari drawing floor plan nilah saya akan mula buat design floor by floor, mengikut kehendak arkitek, dimana letaknya bilik2 dan dinding kerana saya perlu mengambil kira semua loading2 termasuklah loading utk dinding,tangga,lantai dan etc. utk dimasukkan dalam software saya nnti...


Ini pula adalah gambar contoh dr software esteem yang mana saya telah masukkan semua detail2 yg diperlukan dalam design mengikut drawing arkitek td...ini pun contoh utk 1st floor sahaja....bila di peringkat design nilah yang kena concentrate, bukan apa, takut2 ade loading yg tertinggal utk dimasukkan, ia akan berisiko tinggi utk bangunn itu roboh, peringkat ni yang memerlukan masa lama, berminggu saya buat sampailah semua design dah xde keluar warning 'Failed'...bila dah siap semua saya akan save semua floor td dlm bentuk .dxf supaya orang drafting boleh buat drawing untuk structure nnti...file dxf ni boleh dibuka di software Autocad dan nnti boleh ditukar kepada .dwg....



Ini pula pandangan 3D daripada design yang telah saya buat...semua tingkat ade di sini, yang warna biru tu adalah kedudukan column, warna merah pula kedudukan beam, warna kuning cair pula adalah slab dan purple adelah dinding utk lift....software nye adelah Esteem


Ini pula adalah drawing structure yg telah siap dicantikkan oleh orang drafting, software yang digunakan adelah Autocad, sebelum tu file nye adelah .dxf iaitu file yang saya save dari esteem td...Ini adalah drawing pilecap layout, dimana ia adalah kedudukan piling2 dan pilecap utk asas bangunan tersebut, ini adalah structure yang paling penting utk ape2 juga bangunan kerana jika xde asas ni bangunan xdelah support...



Ini pula adalah detail2 pilecap yang kat atas tu....detail ni perlu dirujuk untuk mengetahui reinforement (jenis besi) di dalam pilecap tersebut...Software digunakan juga Autocad.


Ini pula contoh drawing 1st floor beam key plan, iaitu drawing ni yang menentukan kedudukan column, beam dan slab....ini juga adelah daripada design yang saya buat dan telah dicantikkan oleh orang yang buat drafting, software yang digunakan juga Autocad.


Ini pula contoh beam detail dan slab detail, drawing ni nak menetukan besi apa yang digunakan utk setiap beam dan slab, drawing perlu merujuk drawing yang atas td utk mengetahui mana kedudukan detail beam dan slab tersebut...Software juga Autocad


Dan contoh detail terakhir adelah detail tangga...Ini juga penting utk mengetahui detail2 besi yang digunakan dalam struktur tangga tersebut, software yang digunakan juga Autocad....

Lukisan2 ni lah yang diperlukan Kontraktor pembinaan utk membina sesuatu bangunan...

Ini hanya sedikit sahaja yang dpt saya lampirkan di sini utk tatapan rakan2 semua, biasanya drawing ni sampai 50-100 helai, bergantung pada projek bangunan tu...kalau bangunan yang kecik mcm rumah ke...lebih kurang 5-6 helai sahaja drawingnya...

Cukup setakat ni penerangan saya tentang kerja saya secara ringkasnya, contoh2 detail kat atas ni pun adelah sedikit sahaja dari apa yang saya buat...harap rakan2 semua faham tugasan saya yang kadang2 x sempat nak berblogging, almaklumlah...kerja ni bukan boleh sambil2..roboh pulak bangunan tu nnti...sementara saya free ni sempatlah saya post tentang kerja saya...

Ok, selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja..;)

25 March, 2008

Lawak Hari Ini- Jangan Benci Kucing

Jangan Benci Kucing - sama-samalah kita ambil pengajaran..

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam .

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah. Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..

Gayah: Ada , ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni

18 March, 2008

Penipuan melalui Maybank2u

Di zaman teknologi yang canggih manggih ni...mcm2 perkara yg org boleh buatt, terutama org2 yg pakar dalam bidang IT...kita yg x berapa pakar ni jadi mangsa penipuan mereka, di sini saya ingin berkongsi dgn anda semua mengenai perbezaan antara Maybank2u yang original dengan yg fraud...harap2 kita semua tidak tertipu, kalau x, abislah duit dlm akaun kita..semua diorg sapu...

Klik pada gambar utk melihat lebih jelas

Original 1

Fraud 1

Original 2

Fraud 2




17 March, 2008

I'm back!!!!!!

Assalammualaikum semua rakan2 blogger yg ziarah ke sini..:) saya dah kembali!!! lama betul x update blog ni...ish2....sampai dah bersawang dah blog saya ni...rindu juga saya dalam dunia blogging ni, tp apakan daya masa amat mencemburui saya..hehe...'selagi belum tutup mata,kerja, kerja, kerja'...mcm pernah kudengar dialog ni..tp di mana ya?...;) sebenarnya bukannya saya x teringin nak mengupdate blog ni, tp mmg saya betul2 x ade kesempatan..almaklumlah...internet kat ofis je, so, bila kat ofis busy sgt mane ade mase nak update blog..baca paper pun x sempat, mkn pun dpn pc ni, sbb projek2 nak urgent, urgent, urgent...

Terima kasih kepada rakan2 yg sudi ke sini walaupun tuan rumah xde..saya amat menghargai kesudian anda semua utk ke sini...terutama kepada Kasawari yang sentiasa setia ke sini....thank's my fren..;)

25 January, 2008

Ku Mahu (OST SpaQ) - Siti Nurhaliza



Sesaat ku terkesima
Pada indah personamu
Sekilas kau senyum padaku
Melarutkanmu dalam kasihku

Sesaat ku terpesona
Pada warna ceriamu
Sayangnya telah ku hidu
Semua paparanmu palsu

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Selamanya takkan ku lupa
Kau ajar ku seksa
Kau pandai berkata-kata
Hingga aku derita

Selamanya ku berjaga-jaga
Tak sanggup ku kenang
Cukuplah sekali terluka
Kan ku ingat sentiasa

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Aku bukanlah boneka mu
Ku tak rela dipermainkan
Lebih baik sendiri
Dari terseksa di tangan mu

Apa yang aku mahu
Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pon terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Ku mahu!

21 January, 2008

HAPPY BIRTHDAY NUR SYAHIRAH!!...;)


Smlm 20hh Januari 2008, anakku cukup setahun umurnya..kejap je masa berlalu...dah setahun rupanya, ingt lagi sewaktu melahirkannya..hmm...x sangka skrg dia dh setahun pun, semoga dia menjadi anak yg solehah dan berjaya kelak..aamin...

Smlm kami tak buat apa2 pun, cuma acara memotong kek jer..:D, nak amik gambar dia punye la susah skrg ni, nk kejar kamera jer, pastu kek dah depan mata..dia nk kerjakan kek tu pulak..so, x byk gambar yg sempat saya ambil sebagai kenangan utk dia bila dah besar nnti...Hadiah? umur mcm syahirah sekarang ni ape lagi..belikan permainan jelah, saya lupa nk ambil gambar permainan dia tu..esok la pulak saya masukkan gmbar tu di sini..:D

Memotong kek dengan ayahnya...
Tengoklah tu...muka sedih nk turun, nk mengerjakan kek la tu

Yang ni dah nangis pun haa....seboleh2 nk turun..ish2...

Haa...ni lak sibuk nk kejar kamera...

Duduk di sisi ayah...

17 January, 2008

Demam Hindustan..(jangkit dari blog UncleJ n Kasawari)...;)


Atas permintaan UncleJ di msjbox saya untuk tulis entri hindustan ni, so saya dengan berbesar hati menulisnya...'Kuch Kuch Hota Hai'..sebuah filem hindustan yg popular pada tahun 1998..mengisahkan cinta 3 segi....sedih juga filem ni..ingt lagi masa tu zaman saya masih belajar di IKM, cerita ni sedang hangat diperkatakan...pada mulanya saya kurang berminat dengan filem hindustan, tp sejak menonton cerita ni saya terus minat nak menonton filem2 hindustan, terutama kalau Shah Rukh Khan yg berlakon..pasti saya tidak ketinggalan utk menonton...berbalik pada cerita Kuch Kuch Hota Hai tadi..hmm...cerita ni sedih sangat..sampai boleh buat saya menangis..;) bukan sekali dua saya tengok cerita ni...lebih dari 5 kali tu...pendek kata, tak jemu2 lah tengok cerita ni...Cerita ni mestilah modern sikit dari cerita yg UncleJ dan Kasawari post tu...tp cerita yg mereka post tu pun saya suka juga tengok..memang cerita dulu2 ade citarasa tersendiri...lain dari lain...
Ok lah...kita tengok jelah video klip kat sebelah kanan ni ya..;)
Dan hayati lah lirik kat bwh tu..
Nak feeling jap ni...teringat zaman bercinta..cewahhhh....
KUCH KUCH HOTA HAI

Tum paas aaye, yun muskuraaye( kau hampiri diri ku, tersenyum manisnya )
Tum paas aaye, yun muskuraaye( kau hampiri diri ku, tersenyum manisnya )
Tumne na jaane kya sapne dikhaaye( tanpa sedari kau berikan impian kepadaku )
Tum paas aaye, yun muskuraaye( kau hampiri diri ku, tersenyum manisnya )
Tumne na jaane kya sapne dikhaaye( tanpa sedari kau berikan impian kepadaku )
Ab to mera dil, jaage na sota hai( kini hatiku tiada lagi terjaga atau terlena )
Kya karoon haye kuch kuch hota hai( apa perlu ku lakukan, sesuatu terjadi dalam hatiku )
Kya karoon haye kuch kuch hota hai( apa perlu ku lakukan, sesuatu terjadi dalam hatiku )
Tum paas aaye, yun muskuraaye( kau hampiri diri ku, tersenyum manisnya )
Tumne na jaane kya sapne dikhaaye( tanpa sedari kau berikan impian kepadaku )
Ab to mera dil, jaage na sota hai( kini hatiku tiada lagi terjaga atau terlena )
Kya karoon haye kuch kuch hota hai( apa perlu ku lakukan, sesuatu terjadi dalam hatiku )
Kya karoon haye kuch kuch hota hai( apa perlu ku lakukan, sesuatu terjadi dalam hatiku )
Na jaane kaisa ehsaas hai( apakah perasaan ini )
Bujhti nahi hai kya pyaas hai( kehausan yang tiada penghujung )
Kya nasha is pyar ka( tanpa ku sedari keasyikan cinta ini )
Mujhpe sanam chhane laga( menyerap ke seluruh jiwaku )
Koi na jaane kyun chain khota hai( tiada ketahui kenapa kedamaian hilang dilanda cinta
Kya karoon haye kuch kuch hota hai( apa perlu ku lakukan, sesuatu terjadi dalam hatiku )
Kya karoon haye kuch kuch hota hai( apa perlu ku lakukan, sesuatu terjadi dalam hatiku )
Kya rang laayee meri dua( doa ku pohon telah termakbul )
Ye ishq jaane kaise hua( hanya Tuhan ketahui bagaimana ku jatuh cinta )
Bechainiyon mein chain( tiada ku tahu kenapa kebahagiaan )
Na jaane kyoon aane laga( muncul dari keresahan ini )
Tanhaayee me dil, yaaden sanjota hai( ku bersendirian, dibaluti memori )
Kya karoon haye kuch kuch hota hai( apa perlu ku lakukan, sesuatu terjadi dalam hatiku )
Kya karoon haye kuch kuch hota hai( apa perlu ku lakukan, sesuatu terjadi dalam hatiku )

15 January, 2008

Tag dari Kasawari lagi....;)


Inilah dia print screen dari wallpaper monitor saya...baru berapa bulan je guna wallpaper ni..
sebelum2 ni ade tukar2 juga, tp semua gambar anak dan kadang2 gambar suami,
kadang2 gambar bertiga...;)
Ok Kasawari...saya dah jawab tag ni ya....:D