Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.
- Mesti sahur.
- Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
- Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagiii.. Sampailah 7 kali.
Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.
SEBENARNYA :-Surah Al Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt. Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis tak kan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga. Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.










3 comments:
Malam tadi saya pergi psar borong dengan my wife, ramainya orang.. dah macam nak dekat raya.. Lepas belanja-belanja lauk.. kita orang singgah McD.. drive thru.. beli bubur McD dan Mc Fish.. sampai rumuh kul 2 pagi makan terus dan tak bangun sahur (first time tak makan sahur jam 5 pagi).. ni perut lapar pulak .. he he..
Laa...siannya...dah sahur awal..patut ler lapar...cubalah petua ni lepas ni next time....hehe...
bagus petua ni...
mmg tidak boleh sangkal kehebatan surah al-ihklas tu...pendinding pun ye jugak tu..
a good piece sis! well done...
Post a Comment