27 November, 2007

Kisah Pengantin Baru..

Di sini ada cerita tentang pasangan pengantin baru...Almaklumlah...musim cuti sekolah ni banyak org kahwin...heheh....Tapi cerita di bawah ni ada moral disebaliknya...Baca ok!!!..

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang…! Macam mana ni bang..?”Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:“Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin. Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke?Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”. Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

MORAL:
Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu.

"Time is like a river,You cannot touch the same water twice, because the flow that has passed will never pass again."

"Enjoy every moment of life..."

4 comments:

Jamal Abd Rahman said...

wah wah adik linn ni dah pandai ek skrg ni...mana belajor double meaning ni dik? kasawari ajor ek..ke jangkit dr abg bud tu? wakakaka....

*gurau2 jer linn*

Kasawari said...

Kak Linn... wah wah.. ni nyaris nyaris kisah Si Iyan UncleJ.. he he.. Siapa lah yang ajar dan mulakan dulu.. takper takper.. Kak Linn dan seangkatan dengan blogger yang dah faham.. yang tak faham lum langsung lagi tu.. gi main jauh jauh dengan Si Silang tu.. ekek ekek

arsaili said...

ekekek..gelak guling2...

linn21098 said...

>uncleJ
hehe....uncle....ni jangkit dr cite Iyan uncle tu lah...heee

>kasawari
Hmm..ni mmg utk yg dh kawin jer...yg lom tu...wat2 phm jelah...heeeeheeee

>arsaili
sabar2..ish..sampai guling2 lak dia...