03 December, 2007

KISAH PERANGKAP TIKUS..

Kisah ni saya dpt dari email seorg kawan, menarik juga kisahnya, semoga kita sama2 dapat pengajaran dari kisah ini...

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambilmenggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus.

Sang tikus naik panic bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus dirumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !"Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "aku pun turut bersimpati...tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku."

Tikus lalu menemui seekor lembu. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesaraku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata" Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tu tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.

Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat kaki ayam buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberimakan orang-orang yang berziarah. Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

PENGAJARANNYA:-
SEKIRANYA SUATU HARI. KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

3 comments:

Kasawari said...

Wah Cerita yang menarik, say suka baca cerita cerita sebegini pada anak2.. Kan sekarang ni ada buku buku besar gila, dia orang suka bila saya baca dan menceritakan.
Apa pun kisah ini menarik untuk diambil pengajaran

PUTRAGABAN said...

sedap cerita perangkap tikus ni. tapi terfikir saya banyak kali di mana letaknya bontot ular...?

Anonymous said...

Salam klinn,
Kisah pengajaran yang amat bagus!
Terfikir semula, kisah ini dapat membayangkan keadaan kita sebagai rakyat Malaysia, haruslah prihatin dengan apa yang berlaku kepada negara jiran dan dunia waktu ini.
Hmm...semoga kisah ini menjadi renungan yang panjang dan mendalam agar mata hati kita tebuka untuk melihat kebenaran. Amin.

Allah Tuhanku, Muhammad Rasulku, Islam Agamaku, Al-Quran Kitabku.