18 June, 2008

Tips jimatkan minyak di zaman gawat

Sedikit tips dari kwnku...
harap bole membantu kite jimat pada zaman gawat ni..semua barang naik....
Boss gaji bila nak naik!!!!!!!!!!!!!!?


Untuk penjimatan petrol ELAKKAN perkara berikut :
1. Memandu melebihi 90 km/j
2. Memandu dengan melulu
3. Angin tayar kurang
4. Kenderaan tidak diservis mengikut jadual (tukar minyak hitam, sparg plug dll)
5. Memberatkan kenderaan dengan meletakkan barang tidak diperlukan
6. Kerap membrek kenderaan
7. Menggunakan 'roof carrier'
8. Menggunakan penghawa dingin ketika cuaca tidak panas
9. Membuka tingkap luas apabila memandu di lebuhraya
10. Memanaskan enjin kenderaan lebih 1 minit


Oleh itu hendaklah AMALKAN perkara berikut :
1. Had maksima memandu antara 80 - 90 km/j
2. Memandu dengan berhemah
3. Pastikan angin tayar cukup mengikut spesifikasi
4. Servis kenderaan mengikut jadual
5. Simpan di rumah barang yang tidak diperlukan
6. Jarakkan kenderaan di hadapan untuk elakkan kekerapan membrek
7. Tanggalkan 'roof carrier' apabila tidak digunakan
8. Tidak menggunakan penghawa dingin jika cuaca tidak panas
9. Buka tingkap sedikit (~ 10%) ketika cuaca tidak panas , gunakan kipas (blower) sahaja. Tingkap yang terbuka luas akan memberatkan rintangan. Lebih jimat menggunakan penghawa dingin apabila memandu di lebuhraya yang tidak sesak daripada memandu dengan tingkap terbuka luas.
10. Panaskan enjin kenderaan kurang dari 1 minit

1 comment:

Kasawari said...

wah terima kasih bagi tips2 begini.. kalau nak jimat.. tunggang jer burung kasawari.. BEEP BEEP..