17 December, 2008

HaPpY 3rD aNnIvErSaRy To Me & My LoVeLy HuSbAnD...

Hari ni genap 3 tahun pernikahan kami, banyak dugaan dan rintangan yang kami tempuhi bersama, setelah 7 tahun kami berkawan, akhirnya pada tarikh 17hb 12 2005 kami bernikah, dengan sekali lafaz, saya telah bergelar isteri, mcm2 perasaan timbul waktu tu, yang paling utama mestilah gembira...hehe
Begitu lama perhubungan kami, setelah mengharungi macam2 dugaan selama itu, bermula dari perasaan benci kemudian lahirlah rasa sayang, sebenarnya kami dulu sekelas sewaktu di IKM Alor Setar, dan suami ku ini adalah lelaki yang paling aku benci pada masa tu...hehe...kelakar kan...x sangka dalam diam dia menyukai saya, tackle punya tackle, tiba2 hati saya terbuka utk dia, sehinggalah 7 tahun perhubungan kami, akhirnya bersatu jua, alhamdulillah....bersyukur saya kehadrat Allah...banyak lagi dugaan dan rintangan yang kami harus tempuhi selepas ni.

Untuk tahun ni rasanya kami x sempat nak celebrate sebab kami terlalu sibuk dengan persiapan di rumah baru kami, sibuk mengecat rumah sebenarnya...:D yelah, weekend je baru sempat nak mengecat, so x smpat lah nak celebrate thn ni, hadiah pun xde kot, masing2 budget lari ni...almaklumlah, nak masuk umah baru ni banyak kena pakai duit kan..hehe...

Mengimbas kembali 3 tahun lepas, di sini saya ingin lampirkan beberapa keping gambar untuk kenangan di blog saya yang x seberapa ni...actually xde idea nak menulis arini, tu yang ayat pun tonggang langgang, hentam jelah...hehe

Di hari pernikahan (17hb 12 2005)

Di hari pernikahan (17hb 12 2005)

Malam berinai dan berzanji (17hb 12 2005-sebelah malam)

Malam berinai (17hb 12 2005-malam)

Di hari persandingan (18hb 12 2005)-dengan mak abah

Di hari persandingan (18hb 12 2005) - dengan adik beradik dan kwn2, ade adik beradik yang x sempat nak join bergambar sebab sibuk di luar...

Makan damai dan potong kek (18hb 12 2005)

Masa bersanding (18hb 12 2005)

5 comments:

Shida said...

selamat ulang tahun lin.. aku doakan moga bahagia selamanya..

Perindu said...

selamat ulang tahun..moga kerinduan mengeratkan lagi hubungan perkahwinan kalian.

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah

Mdm.Zend said...

Happy aniversary...semuga kekal bahgia....sory lambat wish....
muaaahhhhh....

DuniaMaya said...

moga murah rezeki...dan sampai ke akhir hayat.