28 February, 2012

Idup lagi rupanya Blog ni

Assalammualaikum snua...
hari ni saje2 bukak blog yg dh bertahun2 x bukak..rupanya masih bernyawa lagi blog ni...banyak sangat kenangan2 manis aku dan blog ni suatu ketika dahulu...xtau bila mood akan datang kembali untuk menulis dalam blog ni...hopefully akan mood akan datang smula... ;)

Bye...

19 October, 2009

Alhamdulillah...rezki baru...

Pagi jumaat minggu lepas try buat UPT (urine pregnancy test), then... +ve....alhamdulillah....for second baby...ptg tu pulak blk kerja singgah klinik kat tmn teratai tu utk mengesahkan...ya betul...doktor pun mengesahkan pregnant.... :) dah 7 minggu...dijangka deliver 5hb 6 2010...hmm..nampak gayanya x dapatlah gi masa adik yang bongsu tu kawin nnti....:( xpelah, nak buat camne...tengok gambar jelah nnti jawabnya.... ;) sekarang alhamdulillah masih belum ade alahan dengan ape2, mungkin awal lagi, harap2 xdelah alahan2 yang teruk2...aamin...kawan2 doakan yang baik2 utk kami ya...semoga semuanya berjalan dengan baik...dua2 sihat...aamin....

06 October, 2009

RAYA 2009...

Dah last day raya baru nak update...haha....xpelah..saje untuk kenangan diri sendiri....Raya tahun ni beraya di kampung saya dulu, pastu raya kedua baru balik kampung suami pulak...so, tahun ni banyak gambar2 raya masa kat pasak jelah, masa kat tangkak xde amik gambar dah...almaklumlah, sekarang ni dah mls nak update blog, tu yg x teringt nak snap gambar tu...hehe

Pagi raya pertama seperti biasa, bila kaum2 lelaki pergi sembahyang raya, kaum2 wanita pula sibuk di dapur untuk menyajikan hidangan hari raya utk pagi tu, macam biasa..ketupat adalah kewajipan kami sekeluarga untuk setiap tahun, lepas semua dah berkumpul kami bermaaf2an sekeluarga...sedih time!!!... :( kemudian barulah sesi bergambar....dah siap semua tu, bermulalah konvoi kami beraya di rumah pak cik2 dan mak cik2 di JB...lebih kurang kul 11 baru sampai rumah, mmg mcm tulah rutin kami sekeluarga tiap2 tahun....raya kedua dah na blk tangkak pulak....

Tengok jelah gambar2 kenangan raya tahun ni kat bwh ni ya...mmg sekarang ni tengah mood malas nak update blog, asalkan ade tinggalkan gambar kenangan kat sini pun dah cukup...gambar2 ni pun semua x clear pulak...guna hp jer...tahun ni sangat sibuk smpaikan banyak rumah kawan2 yang x sempat nak berkunjung....








03 September, 2009

Alhamdulillah...dapat keta baru... :)

Ok x? ;)

Dah seminggu lebih pakai keta ni, 25hb 8 2009 dapat keta ni...pk punya pk akhirnya pilih keta ni utk dijadikan aset yg baru...itu je yang termampu buat masa ni, alhamdulillah Allah bg rezki lain buat kami sekeluarga...kereta yang hilang tu hanya tinggal kenangan buat kami....

15 July, 2009

One Drop Perfumes

Oleh kerana kereta dah ilang...sekarang ni blog ni nak kena campur2 ngan jualan online pulak ya...hehe...saje je suka2 jual one drop ni...sbb suka pakai...so, sambil2 jual lah kan...kepada yang rasa nak mencuba perfume ni silalah email saya kat linn21098@yahoo.com ataupun tgglkan pesanan di msjbox dan tinggalkan email address anda sekali tau...
- Pati minyak wangi tanpa campuran alkhohol & air
- Sesuai digunakan semasa solat
- Diinspirasikan daripada jenama Antarabangsa
- 8 jenis wangian jenama terkenal dalam setiap kotak
- Penggunaan Botol Miniture Roll on yang mudah di bawa
- Bauan yang dikenali ramai tanpa perlu berbelanja ratusan ringgit
- Di datangkan dengan bungkusan yang menarik
- Sesuai dijadikan hadiah hari jadi, perkahwinan, door gift, token for dinerr dan lain2...

HARGA PASARAN RM40 UNTUK SET BIASA DAN RM45 UNTUK SET CELEBRITIES
HARGA SAYA RM37 UNTUK SET BIASA DAN RM43 UNTUK SET CELEBRITIES
HARGA YANG TERTERA TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN YA...
KOS PENGHANTARAN ADALAH RM6 SEMENANJUNG MALAYSIA DAN
RM8 UNTUK SABAH DAN SARAWAK...
PILIH2 LA YA SET KAT BAWAH NI...X RUGI TAU BELI NI...WANGI.... ;)

Men Set 1 (RM37) - M01

1. Inspired by Black, Bvlgari
2. Inspired by Blue Jeans, Versace
3. Inspired by CK One, Calvin Klein
4. Inspired by Eternity, Calvin Klein
5. Inspired by Polo Sport, Ralph Lauren
6. Inspired by Acqua di Gio, Calvin Klein
7. Inspired by Issey Miyaki, Issey Miyaki
8. Inspired by Hugo Men, Hugo Boss

Men Set 2 (RM37) - M02

1. Inspired by Boss Signature, Hugo Boss
2. Inspired by Echo, Davidoff
3. Inspired by Tuscanyper Uomo, Aramis
4. Inspired by Cool Water, Davidoff
5. Inspired by Drakkar Noir, Guy Laroche
6. Inspired by Allure Pour Homme, Chanel
7. Inspired by Le Male, J.P. Gaultier
8. Inspired by Pleasures for Men, Estee Lauder

Men Set 3 (RM37) - M03

1. Inspired by Desire, Dunhill
2. Inspired by Hugo XY, Hugo Boss
3. Inspired by Dior Sport, Christian Dior
4. Inspired by Miracle Homme, L'Aquatic
5. Inspired by White Musk, Body Shop
6. Inspired by Diamonds, Emporio Armani
7. Inspired by Sculpture, Homme
8. Inspired by Epiphany, One Drop Perfumes


Men Celebrity set (RM43) - MC01

1. Inspired by Instinct, David Beckham
2. Inspired by Unforgivable, Sean John
3. Inspired by True Star, Enrique Inglesias
4. Inspired by Jordan, Michael Jordan
5. Inspired by Adventure, Ewan McGregor
6. Inspired by Life, Andre Agassi
7. Inspired by Blue Seduction, Antonio Banderas
8. Inspired by He, Usher


Women Set 1 (RM37) - W01

1. Inspired by Escape, Calvin Klein
2. Inspired by Romance, Ralph Lauren
3. Inspired by Pleasure, Estee Lauder
4. Inspired by Still, Jennifer Lopez
5. Inspired by For Her, Narciso Rodrigues
6. Inspired by Baby Doll, Yves Saint Lauren
7. Inspired by Cool Water for Women, Davidoff
8. Inspired by Apple Blossom, Body Shop

Women Set 2 (RM37) - W02

1. Inspired by Tresor, Lancome
2. Inspired by Envy, Gucci
3. Inspired by Kenzo Flower, Kenzo
4. Inspired by Eternity for Women, Calvin Klein
5. Inspired by Gloria, Cacharel
6. Inspired by Miracle, Lancome
7. Inspired by J’adore, Dior
8. Inspired by Intense, Hugo Boss

Women Set 3 (RM37) - W03

1. Inspired by CK Be, Calvin Klein
2. Inspired by No.5, Chanel
3. Inspired by Light Blue, D&G
4. Inspired by Vanilla Musk, Coty
5. Inspired by Sunflower, Elizabeth Arden
6. Inspired by Women Boss, Hugo Boss
7. Inspired by Palace, Paris Hilton
8. Inspired by Poeme, Lancome

Women Set 4 (RM37) - W04


1. Inspired by CocoMademoiselle, Chanel
2. Inspired by Aqua di Gio (Women), Giorgio Armani
3. Inspired by Lolita Lempicka, Lolita Lempicka
4. Inspired by Baby Jesz, One Drop
5. Inspired by Gold, Amouage
6. Inspired by Montana”Parfum de Peau”, Montana
7. Inspired by Yohji, Yohji Yamamoto
8. Inspired by Amarige, Givenchy


Women Set 5 (RM37) - W05

1. Inspired by Fairy Dust,Paris Hilton
2. Inspired by Flower, Kenzo
3. Inspired by Eau De, Givenchy
4. Inspired by Magnifique, Lancome
5. Inspired by Gardenia, Elizabeth Taylor
6. Inspired by Madame, Jean Paul Gaultier
7. Inspired by Pure Poison, Christian Dior
8. Inspired by Midnight Fantasy, Britney Spears

Women Celebrity Set (RM43) - WC01

1. Inspired by M, Mariah Carey
2. Inspired by Lovely, Sarah Jessica Parker
3. Inspired by Curious, Britney Spears
4. Inspired by Kate, Kate Moss
5. Inspired by Show Time, Kylie Minogue
6. Inspired by Paris Hilton, Paris Hilton
7. Inspired by Black Pearl, Elizabeth Taylor
8. Inspired by Glow, Jennifer Lopez

02 June, 2009

Kereta ilang!!!!!!... :(

Inilah satu2 nya gambar kenangan yang ade... :(

Inginku semadikan gambar kenangan keretaku yang hilang di sini...peristiwa berlaku 1hb 6 2009. Ketika secara rasminya suamiku start bekerja di JB...baru nak happy2 dapat berkumpul 1 family, dugaan lain pula menimpa keluarga kami..InsyaAllah ade rezki lain untuk kami nnti... Aamin...

20 May, 2009

29....

Hari ni...tiada ape yg istimewa...cuma hari ulang tahun kelahiranku yang ke-29....mlm td hanya keluar mkn mlm bersama anak dan suami.... :) tidak ade ape2 sambutan pun utk kali ini, kerana saya yang x bape ok buat masa sekarang ni...entri ni pun ringkas, hanya utk ingatan buat diri sendiri...saya terlalu sibuk dengan kerja yang bertimpa2 dtg dan pergi....

maaf kwn2 yang dtg ke sini kerana tuan rumah selalu tiada di rumah...sila tinggalkn segala pesanan anda semua di msjbox ya...tq...

11 May, 2009

Terima kasih abang....


Terima kasih buat suamiku kerana ingat belikan kek mother's day buat ku...saayang abang... :)

08 May, 2009

Selamat Hari Ibu...

Saya ingin mengucapkan selamat hai ibu buat semua2 ibu2 di seluruh dunia...(mcm 1 dunia baca blog saya...hehe)... di sini saya akan lampirkan email yang sy dpt dari kwn....baca lah ya kawan2 semua...saya sekarang tgh sibuk yang teramat, jadinya macam biasalah, saya akan bercuti berblog smentara waktu, xtau utk berapa lama pula kali ni....

cerita dari email...


HAYATI TULISAN INI DAN SELAMI SEIKHLASNYA, INSYA ALLAH AIRMATA IMAN DAN TAQWA AKAN BERCUCURAN TANPA KAMU SEDARI.

DIA LAH PROFESOR KU IBU KU


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berl ina ng setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

21 April, 2009

Birthday Party Amat (Anak Sis Lin)...

Hari sabtu lepas kebetulan Zali xde kerja kat site tu leh la kami join aktiviti mkn2 atas jemputan Sis Lin tu...dia buat party birthday anak dia yang last iaitu Amat yang ke 9 tahun...so, kebetulan kami pun xde apa2 program sabtu tu kami pun join lah...ni pun rezki kami dapat join, sebab biasanya kalau sabtu tu mlm baru zali blk, kalau x mmg x dpt join la kami...Masa kami sampai lebih kurang kul 4.20 ptg..dorg semua tgh menyanyikan lagu b'day dan selamat ulang tahun buat si Amat tu...hmm....siap ade kek ben10 dan chelsea lagi tu...maklumlah, atas permintaan si bujang Sis Lin la tu...hehe...mcm2 mknn ade, laksa johor, mihun goreng, buah tembikai, cheese tart n muffin...sedap2 tu...antara blogger yang hadir...Kasawari sekeluarga, Retna, Shai, Rossli, Kiki, Kak E sekeluarga, Zam TADC n isteri dan ramai lagi kwn2 Sis Lin yang datang, meriah sungguh majlis dia.
Pastu diwaktu senja sampai ke malam pulak sesi BBQ...ish2...masing2 mulalah menunjukkan skil masing2...nak menghidupkan bara tu bukan mudah kan...bila bara dah idup...ape lagi, sesi bakar membakar lah kan...ade udang, sotong, ketam n ayam....sodappppppp....sehingga menjilat jari...hehee...seronok dpt join dorg ni...dah mcm keluarga dah...pastu perut dah kenyang..sesi bukak hadiah pulak, byk jugak hadiah si Amat dpt, mcm2 adaa....msti seronok dia tu...biasalh sape yg x suka dpt hadiah kan...hehe

Lepas sesi bukak hadiah, kami pun minta diri blk, bdn pun dah berlengas, muka dah berkilat2, Syahirah pun dah kepenatan, x tdo siang la katakan, dlm keta dia dpt susu terus lelap...mmg betul2 kepenatan lah tu, kami smpai rumah lebih kurang kul 9.30 mlm, konsert AF dah mula dah, x sempat nk tgk aril dan akim...xpelah, nnti ade ulangan..


Kedatangan kami disambut dengan kamera Kasawari...red carpet xde ke kasawari?...hehe...orang sibuk menyanyi ngan potong kek, dia sempat gak snap gambar kami yang baru sampai...

Bithday boy...semoga Amat jd anak yang cemerlang dunia akhirat..Aamin...

Syahirah seronok bermain....

Bergambar ngan uncle kasawari dan auntie Linda...senang ati sekarang dia x takut org lagi...

Gambar candid...

Orang kuat....keh keh...sape la tu...rajin sungguh... ;)
sesi BBQ baru bermula...

Ramai yang interprem ni....hampir senja...

sesi bergambar2...muka dah berminyak2 dah ni...

Syahirah snap picture auntie Lin...

Sesi bukak hadiah..syahirah pun nak nyibuk gak tu....sampai dalam keta dia asik sebut butak...butak..butak....sudahnya tertdo...

P/s : Buat Sis Lin, terima kasih atas kesudian mengundang kami ya...InsyaAllah di lain masa jumpa lagi...
Nak lihat gambar dan cerita lebih menarik lagi klik di sini, sini, sini dan sini .........

17 April, 2009

Kembali dengan cerita Syahirah lagi.....

Salam semua....lama sungguh saya x update blog saya ni, maklumlah...internet ade di ofis jer so bila kat ofis asik sibuk jer denagn kerja tu yang x sempat nak update blog, bila ada masa free pulak....xtau nak wat entri apa...mls nk cerita yang dah lepas2 tu....cerita percutian dr thn lepas pun tersimpan jd pekasam dah...hehe...tengoklah kalau ade masa free nanti saya akan masukkan juga entri yang tahun lepas tu, bukan apa...utk kenangan dan simpanan diri sendiri...hmm...oklah, ni cuma sekadar nak tunjukkan gambar gelagat2 Syahirah tu...

Syahirah dan spongebob...ceritanya camni...ari isnin lepas ms saya blk kerja mcm biasalah amik dia kat umah mak cik dia(kakak saya) pastu masa nak blk dia xnak blk, mmg selalu camtu pun, sbb dia boring kat umah berdua dengan ummi dia jer, xde kawan...tp haritu dia melalak n ngamuk2 dalam keta 'nak uar' 'nak uar' 'nak uar'...nak keluar lah maksudnya...almaklumlah, baru pandai ckp, masih pelat lg....hehe...pastu sampai kat traffic light dia nmpak pulak belon spongebob kat pasar mlm tmn teratai tu...terus tukar nangis dia td jd... 'nak pabob' 'nak pabob' 'nak pabob'...hmm....terpaksalah sy patah balik sbb nk belikan dia spongebob ni....dah dpt, terus diam dia...bertuah betul anak ummi ni..baru sorg dah x larat ummi nak layan...hehee...

Muka riang dpt belon spongebob...

Kalau bergambar mesti nak 'peace'.....tp ni smpai 3 jari pulak...haha

Ni pulak kisah dia nak mekap....hari mggu lepas, masa dia belum mandi lagi, saya sibuk kemas2 pastu dia nmpak pulak barang2 mekap saya kat meja solek tu, pastu dia sibuk nak pakai... 'nak ata' 'nak pipi'....maksudnya dia nak pakai eye shadow ngan blusher tu lah...pastu sy pun ckp lah 'mandilah dulu...nanti ummi pakaikan'....pe lagi..sibuk ajak mandi, pastu tuntut lah dia lepas mandi tu...tengok jelah gambar2 kat bwh tu....ade2 je anak ummi...kecik2 pandai nak melawa...hehe...

Nak buat 'peace' x jd...

Ha..baru jd....

suka sengetkan kepala kalau bergambar...

ni pun same....comel x saya? ;)

Ni lagi 1....
Haa....yang ni pulak....ni masa dalam keta on the way nak blk umah atuk dia....dia tengok kat dlm dashbox depan tu, nmpak spec barbie dia tu....terus nak pakai....
Kiut x? 'peace' lagi.....

ni nape ntah muka camtu....haha...
Abis dahh.....tu jelah cite terbaru Syahirah setakat ni....yang semakin macam2 kerenah, semakin bijak....pastu pantang dengar lagu2 kat tv ke radio ke....mesti nak joget...geram dibuatnya....

20 January, 2009

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-2 TAHUN BUAT NUR SYAHIRAH...

Selamat Hari Lahir buat syahirah. 20hb 1 2007 Syahirah lahir ke dunia yang fana ini...cewahh..ayat ntah pe2 ntah..cukuplah entri yang ringkas ni, x perlu bercerita panjang, yang penting ucapan ikhlas buat anak tersayang...hehe (sebenarnya sekarang ni ummi mls nk menulis :p)
Ummi doakan semoga syahirah jd anak yang solehah, bijak dan cemerlang dunia akhirat...Aamin...

Semalam leh berangan tulis kat kek 3 tahun lak..hehe..berangn anak dah bsr..

tengoklah tu syahirah skrg ni suka amik gambar senget2 kepala...suka ati lah nak ooi...

gelagat dia dengan ayahnya...hadiah nantilah ya syg...ummi ngan ayah x smpat nk belikn... :D

17 December, 2008

HaPpY 3rD aNnIvErSaRy To Me & My LoVeLy HuSbAnD...

Hari ni genap 3 tahun pernikahan kami, banyak dugaan dan rintangan yang kami tempuhi bersama, setelah 7 tahun kami berkawan, akhirnya pada tarikh 17hb 12 2005 kami bernikah, dengan sekali lafaz, saya telah bergelar isteri, mcm2 perasaan timbul waktu tu, yang paling utama mestilah gembira...hehe
Begitu lama perhubungan kami, setelah mengharungi macam2 dugaan selama itu, bermula dari perasaan benci kemudian lahirlah rasa sayang, sebenarnya kami dulu sekelas sewaktu di IKM Alor Setar, dan suami ku ini adalah lelaki yang paling aku benci pada masa tu...hehe...kelakar kan...x sangka dalam diam dia menyukai saya, tackle punya tackle, tiba2 hati saya terbuka utk dia, sehinggalah 7 tahun perhubungan kami, akhirnya bersatu jua, alhamdulillah....bersyukur saya kehadrat Allah...banyak lagi dugaan dan rintangan yang kami harus tempuhi selepas ni.

Untuk tahun ni rasanya kami x sempat nak celebrate sebab kami terlalu sibuk dengan persiapan di rumah baru kami, sibuk mengecat rumah sebenarnya...:D yelah, weekend je baru sempat nak mengecat, so x smpat lah nak celebrate thn ni, hadiah pun xde kot, masing2 budget lari ni...almaklumlah, nak masuk umah baru ni banyak kena pakai duit kan..hehe...

Mengimbas kembali 3 tahun lepas, di sini saya ingin lampirkan beberapa keping gambar untuk kenangan di blog saya yang x seberapa ni...actually xde idea nak menulis arini, tu yang ayat pun tonggang langgang, hentam jelah...hehe

Di hari pernikahan (17hb 12 2005)

Di hari pernikahan (17hb 12 2005)

Malam berinai dan berzanji (17hb 12 2005-sebelah malam)

Malam berinai (17hb 12 2005-malam)

Di hari persandingan (18hb 12 2005)-dengan mak abah

Di hari persandingan (18hb 12 2005) - dengan adik beradik dan kwn2, ade adik beradik yang x sempat nak join bergambar sebab sibuk di luar...

Makan damai dan potong kek (18hb 12 2005)

Masa bersanding (18hb 12 2005)

10 December, 2008

Tag lagi...ni dari Ija

Tag ni dah lama dah ija bg..tp x sempat2 nak buat..almaklumlah...bz...

1) bekas kekasih saya adalah...
hmm...dulu ramailh..x terkira...tp tu semua cinta monyet, xyah la sebut ek..dah tentu 1st love sy my hubby....hehe

2) saya sedang mendengar...
mendengar radio era

3) mungkin saya patut....
diet utk mengempiskan perut yg muncit ni...haha..tp tu yg paling mls nk buat, lapo mkn lah kan... :P

4) saya suka...
of course la suamiku...main dgn anak2..jln2...mkn2...

5) sahabat2 baik....
ramai gak, ct, hani, su, nor n nurul

6) saya tak paham...
kenapa ade sorg ofismate ni x pernah bersyukur dgn ape yg ade...x abis2 x puas hati...bukak company sendiri lah kalau nk puas hati kan...

7) saya kehilangan...
ape ek....x ingt lah....

8) ramai yg berkata...
saya ni nmpak mcm sombong, bila dah kenal baru tau saya ni ok jer sbnrnya...yg menampakkn sy sombong sbb sy serius dan pendiam...tp bila dh kenal...borak jer.. hehe

9) makna nama saya ialah...
Cahaya kelembutan....atau cahaya lemah lembut....
NOR-Cahaya...LINA-kelembutan/lemah lembut...

10) cinta tu adalah
susah untuk ditafsirkan..byk erti cinta tu...hanya org yang mengalami je tau ape itu cinta... ;)

11) disuatu tempat, seseorang sedang..
bergayut di telefon... (officemate lah tu)

12) saya akan cuba...
jd isteri n ibu yang baik...Aamin...

13) Makna SELAMANYA
sampai bila2 pun...

14) Henpon saya
N73..pemberian dari suami tercinta...

15) saya paling meluat bila
bila tengok pempuan2 yang gedik dan seksi...xtau malu langsung...

16) Bila saya bangun dr tidur....
masuk blk air, gi solat, buat susu anak, siap2 gi kerja...

17) Party adalah..
majlis harijadi kot....x biasa berparty2 ni....kalau berpesta dengan family seronoklah...pesta mkn2...hehe

18) haiwan yg paling cute pnh saya jumpa....
ape ek...hamster kot...mcm comel jer...tp sy jenis penggeli dengan segala haiwan2 ni..

19) peringkat umo yg paling menyeronokkn....
mestila zaman kanak2...xyah nak pk ape...main, main, main...

20) hari ini...
10/12/08...kat ofis lah..tgh keje...

21) mlm ini saya akan....
tengok tv...lipat kain....

22) saya btl2 inginkan...
ni...samelah ngan ija....hehe...mestilah duit yang byk...dpt settle segala utang...pergh...leganya kan...

23) bila tgk muka kt cermin pg td...
biasa je....mcm biasalah, tgk cermin masa pakai tudung...

24) shopping kompleks...
tempat membeli belah dan window shoping..seronok jln2 cuci2 mata kat shopping komplek ni...

25) makanan segera
fast food lah...contohnya..McD, KFC, pizza hut...mcm2 lg...maggi pun kira makann segera gak tu...hehe

26) ayat2 terakhir kata pd org...
ape ek td..x ingtlah.... :P

27) Nk pnjgkn tag ni?
xyah laa....sian org2 yg bz nnti...

ok, Ija...dah habis tag eh...ade utang lg 1 tag...nnti2lah k...

26 November, 2008

Bila isteri dah x cantik....hargailah isteri anda...

Saya dapat email ni ari seorg kwn, teruja pulak k masukkn dalam blog ni, mane tau ade para2 suami atau lelaki yang ingin memberi komen kan...isteri2 n wanita2 pun boleh komen juga...jgn segan2 nk komen ya.. ;)

Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri... Buat iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung-renung kan lah...

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain. Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja,tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. Dia tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik. Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Saya) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah . Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini,fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya.... InsyaAllah.......

dan lagi satu email...

Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki...


Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.

Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

Majlis perkahwinan my best friend...

Pada ahad lepas saya menghadiri majlis perkahwinan kawan rapat saya sewaktu sekolah dulu, nama dia Hani...selain Hani saya ade lg 3 kwn rapat, Siti, Su n Nor...kami memang rapat berlima...tp antara lima2 org tu semua dah berkahwin dan tinggal lah Hani sorg ni...dulu kami berlima ke mana2 sahaja berlima, study pun sama2...w'lpun kami lain2 aliran kelas, saya sains, ada yang akaun dan ade yang sastera, tp kami akan study sama2 mana2 subjek ada yang sama...seronok bila mengingatkan kisah zaman sekolah dulu...kami semua mmg sekepala..lepas SPM masing membawa haluan masing2...masing2 sambung belajar, kemudian sorg2 kawin, dan masing dah ade anak...


Berbalik pada Hani td, hmm...x sangka kwn saya yang sorg ni akan menjadi inspektor polis, dan bertemu jodoh dgn inspektor juga..tahniah ya Hani, akhirnya bertemu jodoh jua, selamat pengantin baru...semoga kekal hingga akhirat...Aamin...


video pengantin sedang berarak, ramai sgt camera man, susah nk rakam

pengantin tersenyum manis

seronoknya tengok pengantin kita ni..hehe

pahlawan2 negara...haha...
mak andam sedang mengumumkan sesapa yang nk bergambar dgn pengantin


apa lg, kami lah dulu2 naik..hehe... dr kiri, Nor (anaknya dgn suami kt luar) , Pengantin lelaki, Hani, saya (syahirah dengan zali kt luar) , Su n anak (duduk)..kurang sorg lagi..Siti x dapat hadir kerana anak bujangnya baru patah kaki...sian dia..x dpt kami berjumpa... :(