27 November, 2007

Kisah Pengantin Baru..

Di sini ada cerita tentang pasangan pengantin baru...Almaklumlah...musim cuti sekolah ni banyak org kahwin...heheh....Tapi cerita di bawah ni ada moral disebaliknya...Baca ok!!!..

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang…! Macam mana ni bang..?”Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:“Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin. Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke?Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”. Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?”.

MORAL:
Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu.

"Time is like a river,You cannot touch the same water twice, because the flow that has passed will never pass again."

"Enjoy every moment of life..."

23 November, 2007

Teliti Itu Penting!!!

Ni ada satu cerita yang pada saya menarik juga...
sama2 kita nilai ok!...terutama pada sesiapa yg bercita-cita nak jd doktor!!...;)

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.. "Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu. "Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu. "Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu. Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata.... "Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk. ......
SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN... .PAHAM!!! !!

22 November, 2007

My Herritage.....

Hmm...td saje try kat my herritage ni menarik juga.....


Ni rupa selebriti2 org putih + Cina...hmm...yg selebriti lelaki pun ade t'selit gak..tp x masukkn kat sini...dia leh amsukkan 8 org jer...heheh...



Yang ni pulak dah rupa selebriti-selebriti Cina, Taiwan, Jepun, Korea pulak gaknya...ntah ler... :p


Pastu try pula Syahirah lebih byk muka siapa...byk rupa ummi dia rupanya...:)


Sampai try 2 kali manalah tau yg kali kedua tu rupa ayah dia pulak..rupanya x jugak...rupa ummi dia jugak.......heheh...

Ni try Cik Fifi yg Cun pulak.....


Hmm...Cik Fifi!!...ada rupa artis kesygn sayalah...CT...hmm...mmg Cun...heheh....nnti Cik Fifi try gambar Cik Fifi yg lain pulak ok...don't angry eh.... ;)

P/S: Sape2 nak try boleh la...just for fun....

20 November, 2007

Email tentang handphone dan virus...

Email ini saya dpt dr abg yg no.2...sama2 lah kita berhati-hati ya!!!
*"Jika anda menerima panggilan telefon dari seseorang dengan no.telp yang tidak dikenal atau terdaftar di tel. anda, berkata bahAwa dia(lelaki/wanita) memanggil dari division engineering/ teknikal sesuatu syarikat atau salah satu vendor/operator cellphone yang ingin memeriksa sambungan telefon atau signal atau dengan alasan apapun, dan selanjutnya dia berkata bahawa kita harus menekan key .. 90 atau ..09 atau nombor apapun (boleh juga dengan kod huruf), cepat -cepat matikan/putuskan sambungan telefon tersebut tanpa menekan key yang mereka minta, kerana ketika ini ada penipu -penipu yang menggunakan peralatan canggih dimana jika anda menekan key..90 atau ..09 maka penipu-penipu tersebut dapat mengakses SIM card telefon kita dan mereka dapat menggunakan line anda dan anda akan membayar setiap panggilan yang mereka lakukan."

P/s
sila forwardkan kisah ini kepada semua sahabat/teman anda untuk mencegah tindakan kriminal ini.

*"dan juga ada beberapa issue lainnya... jika anda menerima panggilan di telefon bimbit/cellphone dan layar cellphone menunjukkan/ display seperti ini :

(XALAN).

JANGAN TERIMA SAMBUNGAN TELEFON TERSEBUT, SILA MATIKAN TELEFON ANDA DENGAN MENEKAN KEY POWER (ON/OFF) CELLPHONE ANDA.

Kerana jika anda menerima sambungan telefon tersebut maka cellphone anda akan terkena virus. virus ini akan menghapus seluruh IMEI dan informasi IMSI dari cellphone dan SIM card anda, anda selanjutnya akan terputus hubungan sama sekali dari vendor/operator anda, (dimana anda harus mengganti cellphone dan SIM card anda dengan yang baru).

Informasi ini telah disahkan dengan Motorola and Nokia. ketika ini terdapat lebih dari 3 juta telefon bimbit/cellphone yang terkena virus ini. Anda juga dapat membaca berita ataupun informasi mengenai hal ini di laman web CNN."

P/s
Sila sampaikan info ini kepada rakan-rakan lain...

16 November, 2007

Kenangan lalu...

Teringat pada 31hb Mac 2007...tarikh tu adalah tarikh majlis perkahwinan adik angkatku(kakak ipar Cik FiFi)...masa tu aku baru lepas abis pantang...kebetulan masa tu suamiku belum dihantar ke site, so ada kesempatan utkku ke KL, kalau sekarang ni...hmm..jgn harap lah...susah betul dia nak dpt cuti...harapkan hari ahad jer cutinya...hmm..nak wat camne...dah rezkinya mcm tu...terima jelah...

Aku kenal dengan adik angkatku ni masa study di Uitm...dia rapat dgn aku masa tu..mula2 dia selalu ckp kat kwn2 "ni kakak syima"...lama2 aku terus menganggap dia mcm adikku sendiri...kebetulan aku juga tidak mempunyai adik perempuan, tp aku ada juga sorg lagi adik angkat masa study kat IKM dulu...skrg jd 2 org adik angkat lah...heheh...ramai pulak angkat2 ekk...hmm...

Actually syima ni berkahwin dengan Abg kepada Cik Fifi, aku pernah jumpa Cik Fifi sblm ni di kolej Cempaka, masa tu Cik Fifi selalu ke bilik Syima ni..almaklumlah..bakal kakak ipar kan...so, rapatlah...tp aku rasa Cik Fifi mesti x ingat pasal ni..betul x Cik Fifi? Hmm..1st time jumpa Cik Fifi dlm hatiku berkata "Manisnya budak ni"... ;) Hmm..(budak ke? hehe..jgn marah Cik Fifi..)

X lama lepas grad...ada rancangan "Olay Aspirasiku"...Aku tengok rancangan tu, then ternampak seorg yg mcm aku kenal (Cik Fifi)..utk mendapat kepastian aku bertanya pada Syima "betul ke adik Apiz tu?"...syima kata betul...sudah tentu la aku x miss tengok rancangan tu, terus jd peminat setia Cik Fifi ni...dan setelah kemenangn Cik Fifi aku terus mengikuti perkembangnnya...setiap rancangn yg di acarakan oleh Cik Fifi pasti akan ku tonton, majalah2 yg ada gambar Cik Fifi di front page mesti aku beli..kdg2 syima pun bg aku information pasal keluaran majalh yg ada gambar Cik Fifi...

Ok...berbalik pada cerita di majlis perkahwinan Syima....aku sampai2 terus ke bilik pengantin utk berjumpa dgn dia, lepas tu aku tggu di luar jelah...maklumlah dgn bwk baby x larat nk berhimpit2 di dalam...nnti baby meragam pula...tiba waktu pengantin lelaki sampai diiringi dengan kompang yg bertalu2, tiba2 nmpak Cik Fifi yg kelihatan anggun bergaya...cewahhh...apa lagi...ramai la peminat2 yg ingin bersalam dgnnya, bila dia masuk je..aku pun cuit dan bersalam dgn Cik Fifi, then Cik Fifi tanya kepadaku "Ni saudara kak Syima ke?"...aku pun jawab..."xlah..ni kakak angkat kak Syima"..."Ooo"...kata Cik Fifi...lepas tu kami pun bergambar la bertiga...termasuk babyku...Cik Fifi mesti x ingat tentang ni...hmm..xpe...aku faham...dia terlalu sibuk dan terlalu ramai kenalan dan peminat2...so, mana la nak ingt sgt tentang situasi masa berjumpa dgnku...betul x Cik Fifi?...jgn marah...;)

Lebih kurang jam 4 ptg, org pun dah beransur2 kurang...aku pun nak bergerak blk ke Kota Tinggi sbb kat kampung jiran sebelah rumah pulak ada kenduri kawin...x dpt nak lama2 di KL...terpaksa balik hari tu juga...lepas bersalam2 dgn pengantin dan keluarga...aku pun bergerak blk...

Sekian sahaja cerita kenangan berjumpa Cik Fifi secara ringkasnya....di bawah ni ada beberapa gambar utk tatapan pengunjung2....



Bergambar dgn Cik Fifi...masa ni agak bulat sikit, baru habis pantang la katakan...Cik Fifi ingt x gambar ni?...

Mdm. Zend dan Mr. Saari & Cik Fifi bergambar dgn pengantin...masa ni lom kenal Mdm. Zend lagi..tengok dr jauh jer...hehe..

Cik Fifi sempat nyanyikan lagu Dua Insan utk pengantin...

Hehe..aku sekeluarga pun x lepaskan peluang bergambar dgn pengantin sebelum bergerak blk...

Inilah adik angkatku yg sorg lagi tu...Nama dia Farra...dia pun baru kawin bln 6 haritu..tp aku x dpt pergi..kesian dia...nak wat cmne, xleh nak elak..suamiku x dpt cuti..boring jer...lupa nak sampaikan salam dia utk Cik Fifi..dia kata dia suka cara, gaya dan penampilan Cik Fifi...;)

14 November, 2007

Kejoraku Bersatu...(lagu)




Kejoraku Bersatu by Search

Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi-mimpiku
Di sini telah datang sayang paling dalam
Bawaku pulang berteman pelangi

Kamar hati ku hiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu

Kau yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu

Ku susun langkah melayarkan hari indah
Bersamamu

Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia

Akan ku jaga
Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas
Dari genggamanku

Biar kulamar
Sahih darimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu

Kamar hati ku hiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu

Kau yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu

Ku susun langkah melayarkan hari indah
Bersamamu

*Hmm......suka sgt lagu ni dulu..xtau nape...dah lama cari lagu ni..jumpa juga akhirnya...dpt letak kat blog...masa zaman study dulu keluar lagu ni...kalau x silap tahun 1998 kot...ok lah...harap ada gak rakan blogger yg suka lagu ni... ;)

07 November, 2007

Tangkak, Johor.

Atas permintaan kasawari..saya cuba promote sikit bandar Tangkak ni...bandar Tangkak x jauh dari tol Tangkak, x sampai 10 minit boleh sampai...tangkak adalah bersebelahan dengan Jasin, Melaka.

Bandar Tangkak Popular dengan 'Bandar Kain'...ada juga yg menggelar bandar Tangkak ni 'Syurga Kain'...Masuk je bandar Tangkak akan nampak banyak kedai2 kain dan langsir...majoriti kedai2 di situ menjual kain2 ela dan langsir...ada juga menjual baju2 blaus dan baju pasang yang dah siap di jahit..pendek kata perempuan2 yang ke sana gerenti rambang mata punyer....heheh...Tul x Kasawari?...nnti bawak la wife ke Tangkak ya... :)

Tangkak juga terkenal dengan Air terjunnya di Gunung Ledang, Air terjun Puteri kalau x silap saya...saya pun lupa lah namanya...hmm..lepas shopping2 kat bandar tu leh la mandi manda pulak di air terjun tu...kalau nak bermalam di situ pun ada challet di situ....sesuai juga untuk mereka yang susakan expidisi dan aktiviti lasak...di situ ada fasilitator yang akan membantu anda....cewahh...ye ye je promote...tu jelah yang saya tau setakat ni...


Sorry ya gambar xde...pendek je kan post kali ni...xde idealah...So, sape yang dapat tempat ketiga kat teka-teki UncleJ tu byk yang anda dpt beli di Tangkak...mcm UncleJ cakap silap2 boleh shopping utk raya tahun depan..tul x Uncle?

30 October, 2007

Open House

Hari Raya tahun ni baru sekali pergi ke open house...tu pun di rumah Fifi...kebetulan waktu masih bercuti raya lagi..kalau x, jgn harap la nak dpt pergi...almaklumlah..suami out station, mane sempat nak pergi..banyak juga jemputan open house yang x dpt pergi, suami ada hari ahad je, time tu lah nak berkejar beraya di rumah saudara mara dan kawan2... Hari ahad yang lepas sampai x sempat nak pergi ziarah rumah Kasawari, InsyaAllah kalau xde apa2 halangan ujung minggu ni saya dtg ya sdr Kasawari...heheh...mudah2an sempat la saya ke sane...ada jemputan kawin sbnrnya ahad ni, tp saya cuba curi masa sikit utk ke rumah kasawari..InsyaAllah....

Hmm..sebenarnya nak cerita pasal open house td...satu2nya open house yang saya pergi...pada 20hb ari tu kebetulan saya masih di rumah mertua kat tangkak, dan kebetulan pula suami cuti, hari kamis dan jumaat dia kerja...mujur sabtu tu dia cuti..kalau x, x merasa saya nak ke open house Cik Fifi...

Kami bertolak dari tangkak lebih kurang jam 11.30 pg...sampai di putrajaya lebih kurang jam 12.45 tghari, masuk je putrajaya terus ikut sign board "Alamanda"...teringat Adik Iqa dan Mdm Zend ckp rumah mereka x jauh dr Alamanda...Kemudian jumpalah simpang ke Desa Pinggiran Putra...lepas tu tetiba terus jumpa prisint2 pulak...laa...mane jln nak pi Desa Pinggiran Putra ni?...dah la 1st time sampai Putrajaya, Bila dah x jumpa..saya call la Fifi...Fifi kata cari blk jln td, dan jgn masuk prisint2 tu..terus je...hmm...akhirnya jumpa juga rumah Fifi...

Dengan keluarga Fifi...

Bergambar ramai2 dgn keluarga blogger2...

Masuk je di hadapan rumah Fifi, kami di sambut oleh abah Fifi, kemudian Adik Iqa, Fifi dan Mdm Zend...mereka sangat baik hati...seronok dpt berjumpa dan mengenali mereka sekeluarga...x lama lepas tu Tn. Jonos pula sampai, diikuti pula Sdr Kasawari, kemudian UncleJ dan kemudian KS....seronok dpt jumpa mereka....lama juga kami di situ, sampai Syahirah pun dah merengek2 ngantuk gaknya....tp 2 kali saya bawa dia ke bilik Adik Iqa, tp x tidur2 juga dia sibuk nak main teddy bear Iqa pula...lagipun tempat x biasa gaknya, so dia susah nk tdo...lebih kurang jam 4 lebih baru masing2 gerak balik, sebelum tu kami mengambil gambar kenangan...dah puas bergambar barulah masing2 gerak..ada yg sambung beraya lagi, tp kami terus balik jb... betul2 masuk kereta terus hujan selebat2nya...baru beberapa minit dlm kereta...syahirah dah terlelap...dah mengantok sgt la tu... tengok je gambar kat bwh tu dah tau kan...heheh...

Ni masa on the way blk dr rumah Fifi (terlopong sampai dia tdo) baru je masuk kereta dah lelap, ngantuk sgt la tu..heheh..


Jam 9 lebih baru kami selamat sampai di JB...alhamdulillah selamat sampai...begitulah ceritanya pergi open house di rumah Fifi...

23 October, 2007

Hari Raya Di Kampung...

Tahun ni raya pertama di kampung aku di kota tinggi, johor...rabu mlm khamis dah blk kg dah..rumah tinggal mcm tu je x mengemas langsung, dah mcm tongkang pecah dah...heheh..xpelah..bukan ade org nk dtg pun, rumah sewa lak tu...xde ape2 lagi...mls nk hias sgt....asal ada udah, tu yg x smgt nk berkemas tu, tunggu rumah baru ntah bape thn lagi baru siap, progress mcm x jln pun...ehh...dah melalut crite pasal umah lak dah..td nk cite pasal raya...hmm...sampai kat kampung semua lom blk lagi...hari kamis petang barulah abg yg no 2 sekeluarga sampai...keluarga paling ramai keluarga dialah..anak 7 org tuu...heheh..rezki...pastu khamis mlm jumaat, kakak yg no 3 pulak smpai..makin meriah le rumah tu, abg yg no 4 mmg sentiasa ada kt sane almaklumlah dia dok blkg umah mak tu jer..senang ada org nk tengok2kan mak n abah...pastu turn akak yg no. 5 pulak yg sampai...yg no 6 tulah yg paling awal sampai...akulah tu...cuma yg x blk thn ni abg yg sulung, thn ni giliran dia di rumah mertua, raya kedua baru dia blk, susah nk dpt jumpa dia, selalu selisih jln jer...hmmm...

Hari jumaat pagi bermulalah kami bergotong-royong msk ketupat dan lauk pauk utk pg raya, ptg tu start bakar otak-otak, aku beli 300 keping, saje suka2..lgpun mmg suka otak-otak, hmm...masa berbuka tu laju je dorg mkn otak2...jap je dah abis...hari tulah last berpuasa, kalau di panjangkan umur, thn dpn dpt berpuasa lg..

Tibalah pagi raya...selepas sembahyang raya kami semua bersalam-salaman, bermaaf-maafan...rasa sebak pun ada masa tu...bagi kanak-kanak tentunya gembira..mana xnya...dpt collection duit raya la katakan....lepas bergambar sakan terus ke johor bahru beraya di rumah saudara mara, mlm baru blk rumah...raya kedua blk rumah mertua pula...di bawah ni ada beberapa keping gmbar utk tatapan semua pengunjung blog...

Abg No. 2 (Ngah & family) Kakak No. 3(Akak & family)

Abg No. 4( Abg Mi & Family)

Kakak No. 5(Kak Yah & Family...husband dia pi toilet lak..org tgh sibuk bergmbr..)

Yang No. 6 (Me & Family..)

Abg yg sulung x jumpa lah..raya kedua baru dia blk...n kami semua dah blk ke kampung mertua masing2 pulak....nnti nak pi beraya umah dia...

09 October, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Get'>http://imagecode.blogspot.com/">Get Your Graphic Here

Salam Semua..sebelum bercuti ni, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya saya ada membuat kesilapan selama saya ber'blogging'..terutama pd sdr Kasawari, Cik Fifi, Mdm. Zend, UncleJ, Arsaili dan semua pengunjung di sini...terima kasih kerana sudi memeriahkan blog ni ya...Pada mereka yang balik Kampung naik kereta tu..hati2 drive ya...semoga kita semua selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.... Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin...