04 September, 2008

Gift from Azza


Terima kasih ya Azza atas pemberian yg azza bagi tu..InsyaAllah saya akan hargai sampai bila2...semoga persahabatan kita kekal selamanya...

26 August, 2008

Di Majlis Resepsi Feriz & Fifi

Lebih kurang jam 7.40 kami keluar dr hotel terus gerak ke Sime Darby Convention Centre, mmg x jauh sgt dr hotel...jam 8 kami dah sampai di situ... dari dlm keta lg saya dan suami risau mcm manalah keadaan di dalam nnti, syahirah yang kepenatan berjalan ptg tu msti buat ragam dalam dewan tu nnti...hmm....xtaulah nak ckp, mcm2 yg kami fikirkan masa tu...dah lah ni 1st time gi majlis yg grand camtu, kalau anak meragam mesti segan dibuatnya, mood kami x berapa baik masa tu kerana banyak sgt yang difikirkan...

Sampai di lobi, kami menunggu ketibaan Kasawari dan UncleJ untuk masuk sama2 ke dlm dewan, almaklumlah..segan...x pernah gi majlis grand la katakan..hehe...x lama lepas tu dorg pun sampai, masa lalu kat red carpet keluarga pengantin telah menunggu untuk menyambut tetamu2 yang hadir, kami duduk di meja yang sama, bila kat dalam tu, syahirah dah mula mengantok tp x selesa nak tido dlm keadaan camtu, pengantin pun dah berarak masuk....syahirah yg dah ngantok td pe lg...apa yang kami risaukan betul2 berlaku, dia menangis sekuat2 ati semasa sesi berdoa...adoiiiiii....malunya kami, dahla waktu tu keadaan mmg senyap sunyi sbb org tgh berdoa, suamiku cepat2 bwk syahirah lari keluar dewan...so, tggllah saya sorg kat dlm dewan...w/pun ade kawan2 lain, tp suami dan anak tiada di situ, fikiran saya x tertumpu sepenuhnya kepada majlis tersebut, fikiran saya ada di luar dewan memikirkan macam mana suami dan anak di luar...hmm...x seronok betul, ilang mood, nak bergambar pun x semangat, so..xde lah amik gambar kenangan2...gambar yang ade pun ihsan dr Kasawari..thank's ya my fren.. :D

Bila majlis semua selesai...kami blk hotel dan masing2 kepenatan....esoknya dah nak gerak blk JB pulak....so, mlm tu mmg tido lena betul, sedar2 dah subuh.... :D

P/S : KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA FIFI & FERIZ, SEMOGA TABAH & SABAR MENGHADAPI DUGAAN BERUMAHTANGGA, SEMOGA KEKAL KE SYURGA..ITU DOA KAMI UNTUK ANDA BERDUA....AAMIN....

tengoklah video syahirah di luar dewan...suka ati dia je baring n berlari2 kat luar tu...

Gambar pengantin ihsan dari Kasawari.. :D

Romantiknya pasangan pengantin baru kita ni... hehe...

Gambar kenangan kami dalam dewan....

Bergambar di luar dewan sblm masing2 balik... Kasawari dan Kak Linda, UncleJ dan isteri, Bro KS dan anak....

Gambar syahirah memanjat kerusi di luar dewan....aktif tul anak dara sorg ni...jgn jd hiper aktif dah la nak ooi...x larat ummi ngan ayah nnti.. ;)

22 August, 2008

Jalan2 di KL........

Hari kedua di KL...
Pada jam 11 pg kami gerak dr hotel untuk ke KL central, parking kereta di situ kemudian naik LRT ke masjid jamik...penat gak menapak sampai ke jln masjid India, jln2 area situ..then kami terus ke sogo pula...pergggggggh....sale kat sogo, mmg betul2 sale, kebetulan di ground floor ade sale baby kiko sampai 50%, ape lagi...saya pun beli lah beberapa helai baju raya untuk anakku yg sorg tu..untunglah dia thn ni banyak pakai baju baby kiko, kalau kat Jb xdenya baby kiko nak sale sampai 50%, yang ade patern yang lama2 n x bape cantik...

Hmm...lebih kurang kul 1 lbh kami keluar dr sogo dan naik LRT ke masjid jamek dan terus ke KLCC...sampai ke KLCC kami terus ke Aquaria, 1st time sampai ni, almaklumlah mmg dah lama sgt x ke KL ni, menarik gak la, macam2 jenis ikan kat dlm tu, syahirah suka lah tengok ikan2 tu...keluar je dr aquaria kami ikut taman luar KLCC, teringt waktu dulu, selalu dating2 kat situ... hehe ;) betul x bang? :p syhhhhhh....

Masuk dlm KLCC jln2 kat dalam tu pulak, then kami pun dah kepenatan, so balik lah hotel untuk rehat kejap dan prepare untuk majlis resepsi F&F mlm nnti.... ;)


Syahirah xnak pegang tgn, nk berlarilah tu
(1st time gambar pakai spec msk dlm blog ni, rabun tp x ngaku rabun..hehe)


Tgh hayal main hp, dia pun sibuk nk snap gambar


Nak turun berlari...


Muka senyum kepenatan


Kat luar KLCC


Kat taman KLCC

20 August, 2008

Kenduri Kawin di KL...

Pada sabtu yang lepas (16hb 8) kami bertolak jam 8 pagi ke KL, plan asal nak bertolak jumaat malam, tp disebabkan suamiku sampai rumah dah jam 9 mlm, lebih elok rasanya kami bertolak pg esoknya saja, msti suamiku kepenatan baru blk dr muar (tempat kerjanya)...lgpun nnti sampai kl dh jam 2-3 pg, pintu rumah sape pulak yg kena kami ketuk di waktu org sedang asyik dibuai mimpi...sebenarnya adik beradik suamiku ramai yg berada di KL, tp kali ni kami lebih prefer nak tido di hotel, lebih memudahkan dan x nak menyusahkan sesiapa.

Berbalik pada cerita td...kami sampai di KL lebih kurang jam 12, dan kami terus ke destinasi pertama, iaitu kenduri kawin abg ipar adik angkatku sewaktu di IKM dulu, majlis ni di taman setiawangsa, kami sampai lebih kurang jam 1.30...mmg dah lama x berjumpa dgn adikku yg sorg ni, kali terakhir adalah masa majlis perkahwinan adikku yg sorg lagi iaitu syima pd tahun 2007, dah setahun lebih kami x berjumpa...setelah mkn dan bebual2 kami pun berangkatlah untuk check in di hotel, kali ni kami pilih hotel sri petaling di bandar baru sri petaling, kononnya nak dekat dengan majlis resepsi F&F tu, sbb tu kami pilih lokasi tu...setelah check in, kami berehat sekejap di dlm bilik hotel setelah kepenatan sepanjang perjalann dr JB, lebih kurang jam 5 kami keluar semula pusing2 bandaraya KL...lama betul dah x ke KL, dulu semasa study di UiTM Shah Alam, KL ni mmg tempat biasa bg sy dan suami....setelah penat berjalan, kami blk semula di hotel dan berehat.



Gambar kenangan2 kami

Ni begambar sekeluarga bersama adikku dan suaminya...

  • gambar hotel terlupa nak amik lah...;) hehe.....

11 August, 2008

Dapat kunci rumah.....

Dah lama x update blog ni, macam biasa...saya bukanlah org yg sgt rajin nak meng'update' blog ni...hehe...arini cuma nak cerita dan berkongsi kegembiraan di sini, smlm saya dah dapat kunci rumah baru dari developer, lega rasanya dah ada rumah sendiri, sebelum ni dok menyewa je, x seronok...bayar tiap2 bulan, tp rumah orang lain, mana seronok kan....almaklumlah...saya dan suami keje baru lagi pastu dah nak kawin...manalah smpat nak kumpul duit nak beli rumah kan...rumah yang kami beli ni pun buka lah rumah mahal, tp bolehlah...asalkan rumah sendiri kan....rumah ni 22' x 70'..ada 4 bilik ( 2 blk kecik n 2 bilik besar), 2 blk air...wet n dry kitchen...oklah kan...kecik2 pun asalkan rumah sendiri, tu je yg termampu kami beli...nak pindah xtau bila ni...ingt nak renovate sikit2 dulu pastu baru pindah, lepas2 raya lah kot baru kami pindah...semalam sempat lah jengok2 rumah tu kejap...kebetulan masa gi sana tgh ujan lebat...so, ternampak lah ade tmpat yg bocor...ape lg..snap gambar dan buat complain ke developer, lepas ujan dah teduh, kami pun balik dan singgah ke pejabat developer utk buat aduan....

gambar syiling yg telah dibasahi hujan...haha..ayat pe ni? hentam, jelah...

gambar dr posisi lain


Inilah gambar yang di ambil ketika kami nak blk...ujan pun dah teduh...sempat snap satu gambar pandangan hadapan rumah kami...

18 July, 2008

Tukar templates baru!!!!

Ta daaaaa!!!
Hari ni mood baik sikit, tetiba je teringat nak tukar templates baru kat blog ni..bosan dah dengan templates yang lama tu....orang lain ade yg dah tukar banyak kali dah templates dorg...Kasawari pun dah lama tukar templates baru..saya gak yg ketinggalan...so, hari ni adalah harinya....minggu depan saya dah mula nak sibuk dengan projek2 yang perlu didahulukan...jd, sebelum saya sibuk nanti dan mmg kompom la x sempat nak berblogging nnti, baik saya ambik kesempatan hari ni untuk tukar templates saya...hehe....Hmm......
So, apa komen kawan2 semua? Ok x templates ni?. Terima Kasih pada kawan2 yang sentiasa sudi ziarah2 di sini walaupun saya kdg2 x reply di msjbox, tp masih ade lg yg sudi meninggalkan jejak jemari anda..terima kasih ya!!!

p/s:- UncleJ, lepas ni dah x payah nak selak2 bunga2 kat atas tu lg kalau nak baca entri saya...hehee...templates ni lebih clear kot....tul x uncle? ;)

15 July, 2008

Kalau malas nak ketawa, senyum jadilah...

Penghibur di kala stress
Senyum tu kan sedekah.... ;)

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 5
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu, Kawan Tok Batin : Kenapak kamu
hanya pakai gear 1 sahaja. Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear. Kawan Tok Batin : ????????

Citer 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Citer 7
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala


kisah 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama
saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.) Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

kisah 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

27 June, 2008

Hari minggu yang lepas....

Hmm...hari ni baru sempat nak post entri baru, cerita dah dekat seminggu dah...ahad minggu lepas kitaorg sekeluarga xtau nak buat apa.....boring jugaklah dok umah, asik tido jer..anak beranak asik tido jer...hahaha...pastu dah petang tu, saya pun ajaklah suami keluar jalan2 kat kipmart jap cari kasut syahirah, pastu dah jalan2 jap, balik....pastu (bape byk 'pastu' dah...hehe) jalan2 naik motor kat kawasan taman, dah puas pusing2 bwklah syahirah gi main kat taman permainan yg berdekatan dengan rumah saya...suka betul dia, yelah..jarang dapat keluar main2 macam tu, mau x seronok dia, di paling suka naik buaian tu..tengoklah video tu, seronok sgt dia naik buaian tu...ayah dia yg merakam....dia siap babai2 kat ayah dia tu....





Hmm...setakat ni jelah cerita saya utk weekend yg lepas....hari2 yg membosankan...hehe...

18 June, 2008

Tips jimatkan minyak di zaman gawat

Sedikit tips dari kwnku...
harap bole membantu kite jimat pada zaman gawat ni..semua barang naik....
Boss gaji bila nak naik!!!!!!!!!!!!!!?


Untuk penjimatan petrol ELAKKAN perkara berikut :
1. Memandu melebihi 90 km/j
2. Memandu dengan melulu
3. Angin tayar kurang
4. Kenderaan tidak diservis mengikut jadual (tukar minyak hitam, sparg plug dll)
5. Memberatkan kenderaan dengan meletakkan barang tidak diperlukan
6. Kerap membrek kenderaan
7. Menggunakan 'roof carrier'
8. Menggunakan penghawa dingin ketika cuaca tidak panas
9. Membuka tingkap luas apabila memandu di lebuhraya
10. Memanaskan enjin kenderaan lebih 1 minit


Oleh itu hendaklah AMALKAN perkara berikut :
1. Had maksima memandu antara 80 - 90 km/j
2. Memandu dengan berhemah
3. Pastikan angin tayar cukup mengikut spesifikasi
4. Servis kenderaan mengikut jadual
5. Simpan di rumah barang yang tidak diperlukan
6. Jarakkan kenderaan di hadapan untuk elakkan kekerapan membrek
7. Tanggalkan 'roof carrier' apabila tidak digunakan
8. Tidak menggunakan penghawa dingin jika cuaca tidak panas
9. Buka tingkap sedikit (~ 10%) ketika cuaca tidak panas , gunakan kipas (blower) sahaja. Tingkap yang terbuka luas akan memberatkan rintangan. Lebih jimat menggunakan penghawa dingin apabila memandu di lebuhraya yang tidak sesak daripada memandu dengan tingkap terbuka luas.
10. Panaskan enjin kenderaan kurang dari 1 minit

Diamond Mercedes!!!

Dahsyat tu kereta ni...ish3...kereta ni Untuk Putera Waleed (Saudi) dengar harga kereta ni pun dah mengerikan...USD4.8 Milion tu...ish3...tp mmg cantik giler lah...nasib baik giler x cantik mcm tu...hehee..jomlah kita cuci2 mata ya....dpt tengok gambar pun jdlah..:D