25 January, 2008

Ku Mahu (OST SpaQ) - Siti Nurhaliza



Sesaat ku terkesima
Pada indah personamu
Sekilas kau senyum padaku
Melarutkanmu dalam kasihku

Sesaat ku terpesona
Pada warna ceriamu
Sayangnya telah ku hidu
Semua paparanmu palsu

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Selamanya takkan ku lupa
Kau ajar ku seksa
Kau pandai berkata-kata
Hingga aku derita

Selamanya ku berjaga-jaga
Tak sanggup ku kenang
Cukuplah sekali terluka
Kan ku ingat sentiasa

Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Aku bukanlah boneka mu
Ku tak rela dipermainkan
Lebih baik sendiri
Dari terseksa di tangan mu

Apa yang aku mahu
Indah impian cintaku
Namun realiti tak seharum
Yang ku impikan kerna
Cintamu tak sejati

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pun terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan

Namun kau hanya mampu memberi janji palsu
Dan kita pon terdorong hawa nafsu
Semua yang kau berita benar dan tak kan menjadi erti

Ku mahu!

21 January, 2008

HAPPY BIRTHDAY NUR SYAHIRAH!!...;)


Smlm 20hh Januari 2008, anakku cukup setahun umurnya..kejap je masa berlalu...dah setahun rupanya, ingt lagi sewaktu melahirkannya..hmm...x sangka skrg dia dh setahun pun, semoga dia menjadi anak yg solehah dan berjaya kelak..aamin...

Smlm kami tak buat apa2 pun, cuma acara memotong kek jer..:D, nak amik gambar dia punye la susah skrg ni, nk kejar kamera jer, pastu kek dah depan mata..dia nk kerjakan kek tu pulak..so, x byk gambar yg sempat saya ambil sebagai kenangan utk dia bila dah besar nnti...Hadiah? umur mcm syahirah sekarang ni ape lagi..belikan permainan jelah, saya lupa nk ambil gambar permainan dia tu..esok la pulak saya masukkan gmbar tu di sini..:D

Memotong kek dengan ayahnya...
Tengoklah tu...muka sedih nk turun, nk mengerjakan kek la tu

Yang ni dah nangis pun haa....seboleh2 nk turun..ish2...

Haa...ni lak sibuk nk kejar kamera...

Duduk di sisi ayah...

17 January, 2008

Demam Hindustan..(jangkit dari blog UncleJ n Kasawari)...;)


Atas permintaan UncleJ di msjbox saya untuk tulis entri hindustan ni, so saya dengan berbesar hati menulisnya...'Kuch Kuch Hota Hai'..sebuah filem hindustan yg popular pada tahun 1998..mengisahkan cinta 3 segi....sedih juga filem ni..ingt lagi masa tu zaman saya masih belajar di IKM, cerita ni sedang hangat diperkatakan...pada mulanya saya kurang berminat dengan filem hindustan, tp sejak menonton cerita ni saya terus minat nak menonton filem2 hindustan, terutama kalau Shah Rukh Khan yg berlakon..pasti saya tidak ketinggalan utk menonton...berbalik pada cerita Kuch Kuch Hota Hai tadi..hmm...cerita ni sedih sangat..sampai boleh buat saya menangis..;) bukan sekali dua saya tengok cerita ni...lebih dari 5 kali tu...pendek kata, tak jemu2 lah tengok cerita ni...Cerita ni mestilah modern sikit dari cerita yg UncleJ dan Kasawari post tu...tp cerita yg mereka post tu pun saya suka juga tengok..memang cerita dulu2 ade citarasa tersendiri...lain dari lain...
Ok lah...kita tengok jelah video klip kat sebelah kanan ni ya..;)
Dan hayati lah lirik kat bwh tu..
Nak feeling jap ni...teringat zaman bercinta..cewahhhh....
KUCH KUCH HOTA HAI

Tum paas aaye, yun muskuraaye( kau hampiri diri ku, tersenyum manisnya )
Tum paas aaye, yun muskuraaye( kau hampiri diri ku, tersenyum manisnya )
Tumne na jaane kya sapne dikhaaye( tanpa sedari kau berikan impian kepadaku )
Tum paas aaye, yun muskuraaye( kau hampiri diri ku, tersenyum manisnya )
Tumne na jaane kya sapne dikhaaye( tanpa sedari kau berikan impian kepadaku )
Ab to mera dil, jaage na sota hai( kini hatiku tiada lagi terjaga atau terlena )
Kya karoon haye kuch kuch hota hai( apa perlu ku lakukan, sesuatu terjadi dalam hatiku )
Kya karoon haye kuch kuch hota hai( apa perlu ku lakukan, sesuatu terjadi dalam hatiku )
Tum paas aaye, yun muskuraaye( kau hampiri diri ku, tersenyum manisnya )
Tumne na jaane kya sapne dikhaaye( tanpa sedari kau berikan impian kepadaku )
Ab to mera dil, jaage na sota hai( kini hatiku tiada lagi terjaga atau terlena )
Kya karoon haye kuch kuch hota hai( apa perlu ku lakukan, sesuatu terjadi dalam hatiku )
Kya karoon haye kuch kuch hota hai( apa perlu ku lakukan, sesuatu terjadi dalam hatiku )
Na jaane kaisa ehsaas hai( apakah perasaan ini )
Bujhti nahi hai kya pyaas hai( kehausan yang tiada penghujung )
Kya nasha is pyar ka( tanpa ku sedari keasyikan cinta ini )
Mujhpe sanam chhane laga( menyerap ke seluruh jiwaku )
Koi na jaane kyun chain khota hai( tiada ketahui kenapa kedamaian hilang dilanda cinta
Kya karoon haye kuch kuch hota hai( apa perlu ku lakukan, sesuatu terjadi dalam hatiku )
Kya karoon haye kuch kuch hota hai( apa perlu ku lakukan, sesuatu terjadi dalam hatiku )
Kya rang laayee meri dua( doa ku pohon telah termakbul )
Ye ishq jaane kaise hua( hanya Tuhan ketahui bagaimana ku jatuh cinta )
Bechainiyon mein chain( tiada ku tahu kenapa kebahagiaan )
Na jaane kyoon aane laga( muncul dari keresahan ini )
Tanhaayee me dil, yaaden sanjota hai( ku bersendirian, dibaluti memori )
Kya karoon haye kuch kuch hota hai( apa perlu ku lakukan, sesuatu terjadi dalam hatiku )
Kya karoon haye kuch kuch hota hai( apa perlu ku lakukan, sesuatu terjadi dalam hatiku )

15 January, 2008

Tag dari Kasawari lagi....;)


Inilah dia print screen dari wallpaper monitor saya...baru berapa bulan je guna wallpaper ni..
sebelum2 ni ade tukar2 juga, tp semua gambar anak dan kadang2 gambar suami,
kadang2 gambar bertiga...;)
Ok Kasawari...saya dah jawab tag ni ya....:D

14 January, 2008

Tag Dari Kasawari...

Dah lama dah tag ni terperap...dah jadi mcm pekasam dah..hehee...sampai dah tahun 2008 baru saya balas tag ni..Kasawari pernah tag saya masa tu bulan Oktober 2007..tapi disebabkan saya bz dan kadang2 xde mood utk menulis..so, saya x jwb2 tag ni...sorry ya Ksawariku....jgn marah....dan...jangan la serik nak tag lagi...lepas ni tag la bape byk pun, saya cuba sedaya upaya menjawab ya...

Ok...Tagnye adalah...


1) Gambar pakaian / baju / seluar / kain paling lama anda pernah miliki dan masih ada.


~TIADA DALAM SIMPANAN



2) Gambar objek yang paling anda hargai.


~TIADA DALAM SIMPANAN



3) Gambar orang yang paling anda sayangi.





Mak dan Abah tersayang...tanpa mereka, siapalah saya..;)


Suami tersayang...


Anak tersayang



4) Gambar barang / objek yang paling mahal anda miliki.


~TIADA DALAM SIMPANAN


5) Gambar beramai-ramai yang anda paling suka.



-Gambar masa lepas nikah...;)


6) Gambar rumah anda di kampung.


~TIADA DALAM SIMPANAN


7) Gambar parut atau luka-luka yang paling anda ingati (kalau ada la).


~TIADA DALAM SIMPANAN


8) Gambar kedai makan dan tokey kedai makan yang paling best kat tempat anda.


~TIADA DALAM SIMPANAN


9) Gambar koleksi kasut anda.


~TIADA DALAM SIMPANAN



10) Gambar paling lucu / menarik / mencuit hati pernah anda ada.



-Ni je yg ade dlm PC saya...tengoklah anak dara sorg ni menguap...ish ish....;)


11) Gambar Pengarah / Pengetua / Guru Besar tempat anda bekerja, tehehe.. mencabar nih.


~TIADA DALAM SIMPANAN



12) Gambar lain yang anda fikir nak masukkan, dan nyatakan kenapa.


~Saje nak masukkan gambar ni...gambar ni masa raya tahun lepas...xtau nk letak gambar apa daa...;)


Ok, Kasawari..saya telah mengotakan janji ya....harap puas hati k....jangan serik nk tag lagi tau!!....;)




09 January, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 1429 HIJRAH

FriendsterKit.com


Selamat menyambut tahun baru 1429 hijrah kepada semua rakan2 bloggers
dan semua pengunjung2 di blog saya ini.

Semoga segala amalan kita pada tahun lepas diterima oleh Allah s.w.t..
dan semoga amalan2 kita untuk tahun ini lebih baik dari tahun2 lepas..
Aamin...

Kepada rakan blogger saya yg rapat iaitu Kasawari, Cik Fifi, UncleJ, Arsaili,
Tn. Jonos dan Mdm. Zend, terima kasih kerana selalu mengunjungi
blog saya yang selalu x membuat 'update' ni...;)

Tak lupa juga kepada pengunjung2 blog yang selalu mengunjungi blog ni,
terima kasih ya...
Semoga tahun ni kita akan menjadi lebih rapat lagi...;)
Aamin....



Klik pada image untuk melihat doa akhir tahun dan awal tahun....





02 January, 2008

Renungkanlah.....

Dah lama saya tak post entri baru kerana kesibukan kerja, kerja, kerja...bila free pula, idea takde...di kesempatan ni saya post entri daripada email yg saya terima....tak pasti samada kisah benar atau tidak...tp yg lebih utama kita sebagai anak yg masih mempunyai ibu bapa sama-sama renungkan kisah ini...buat peringatan dan pengajaran kita bersama selagi berkesempatan...Semoga kawan2 semua dpt menghayatinya ya....

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ….. aku ingat pasanganku Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu
Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

19 December, 2007

Astro Oasis

Klik image utk melihat lebih jelas....

Jom kita tonton rancangan2 sempena aidiladha di Astro Oasis...Hmm....Cik Fifi pun ade? Program yg mana gaknya yg ada Cik Fifi ni..yang saya tahu..WADI jer....hmm....ntah ek...ape2 pun mari kita menonton rancangan2 yg menarik2 belaka ni sempena aidiladha ni ya...Selamat bercuti....:)

18 December, 2007

Selamat Hari Raya AidilAdha...

Glitter Photos


Assalammualaikum..
Walaupun saya agak sibuk sejak kebelakangan ni...sempat juga saya buat en3 salam AidilAdha ni...Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam AidilAdha kepada rakan2 blogger semua...terutama
kepada Kasawari, Cik Ffi, UncleJ, MZ, Bro Budin, Arsaili, Bro KS, yOnnA, shayz dan yg lain yg selalu mengunjungi blog saya yg x seberapa ni....Hati2 memandu ketika pulang ke kampung masing2 ya..semoga kita semua selamat pergi dan balik..Amin...

03 December, 2007

KISAH PERANGKAP TIKUS..

Kisah ni saya dpt dari email seorg kawan, menarik juga kisahnya, semoga kita sama2 dapat pengajaran dari kisah ini...

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambilmenggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus.

Sang tikus naik panic bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus dirumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkat tikus !"Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "aku pun turut bersimpati...tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku."

Tikus lalu menemui seekor lembu. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesaraku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata" Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tu tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.

Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat kaki ayam buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberimakan orang-orang yang berziarah. Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

PENGAJARANNYA:-
SEKIRANYA SUATU HARI. KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.